BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 10 Oktober 2014


INDAHNYA BAHASA ARAB....

"Susahnya nak belajar Bahasa Arab...." kata Hakim 
kepada kawannya, Zaim. Zaim hanya tersenyum mendengar keluhan Hakim. Wajah Hakim ditenung seraya berkata "Hakim, Bahasa Arab akan menjadi mudah dipelajari sekiranya kita berkeinginan untuk mendalami dan memahami maknanya. Manakala bagi mereka yang sering beranggapan bahawa Bahasa Arab itu susah, maka ia akan menjadi satu perkara yang akan merumitkan dirinya sendiri."

Hakim cuba memahami kata-kata yang dilemparkan oleh Zaim kepadanya. Lantas Hakim bertekad ingin mempeajari Bahasa Arab dengan bersungguh-sungguh. Benarlah kata pepatah menyebutkan: "Orang yang gagal ialah orang yang banyak memberikan alasan."

Bahasa Arab adalah salah satu bahasa yang unik dan berbeza dengan pelbagai bahasa yang ada di dunia ini. Kalam Allah iaitu al-Quran al-Karim juga dalam Bahasa Arab. Dari kecil lagi kita telah di didik mempelajari Bahasa Arab. Namun, kenapa kita banyak beralasan tidak mahu mempelajarinya ketika dewasa?

Oleh itu, kita sama-sama cuba untuk memperbaiki diri dari sehari ke sehari dan jadikan Bahasa Arab sebagai satu bahasa yang seronok untuk dipelajari. Mudah-mudahan kita mendapat pahala dan ganjaran apabila mempelajari Bahasa Arab. seperti Sabda Rasulullah:


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  تعلموا العربية وعلموها الناس


Ertinya :- “Belajarlah kamu bahasa Arab dan mengajarlah ia kepada manusia”